“setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian”
“ berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak”
“ kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus meners ”
“ orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran ”
“ manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya ”
“ orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati ”
“ senyum lah semanis yang mungkin kerana sebuah senyuman itu merupakan satu sedekah…dan kerana senyuman itu juga akan memberi seribu kebahagiaan kepada penerimanya ”
senyum la wahai sahabatku...
besabar la dengan setiap dugaan yg dtg dlm hdup mu....
No comments:
Post a Comment